Saturday, January 21, 2012

Pengerusi DAP Diperintah Bela Diri


Karpal Singh (Pengerusi DAP) akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap DYMM Sultan Perak dan kesalahan itu dibuat di firma guamannya, Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama di ibu negara di antara 12 hingga 12.30 tengah hari pada 6 Februari 2009.

Pada hemat Hakim Datuk Ahmad, perkataan-perkataan yang diucapkan oleh Karpal Singh mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kebencian rakyat terhadap DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. baca disini

Maka dengan itu Pengerusi DAP itu, diperintah untuk membela diri atas tuduhan tersebut oleh Mahkamah Rayuan yang di ketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Ahmad Maarop bersama-sama dengan Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak Pendakwa Raya terhadap tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948

Dewakampung ingin menyatakan Daulat Tuanku

Friday, January 20, 2012

Saiful Harus Mendapatkan Hak

Peguam Negara harus memberikan ruang kepada Saiful agar kes liwat beliau menentang Anwar Ibrahim boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan demi mencari sebuah keadilan dan hak Saiful sebagai rakyat Malaysia seperti mana termaktud dalam Perlembangaan Persekutuan Malaysia.

Disini tidak timbul persoalan menghabiskan duit rakyat kerana Anwar Ibrahim sendiri telah menangguhkan perbicaraan mahkamah sebanyak 55 kali mengapa tiada pula yang menyatakan Anwar Ibrahim menghabiskan duit rakyat????,, tetapi apabila Saiful mahu membawa ke Mahkamah Rayuan timbul pula percakapan dan persoalan menghabiskan duit rakyat, bukankah itu satu diskriminasi dalam mencari satu kebenaran????.

Adalah amat menghairankan mengapa Peguam Negara tidak menjawab rayuan yang di mohon oleh bapa Saiful hinggakan beliau sendiri terpaksa menghantar sepucuk surat rasmi kepada Peguam Negara melalui Tetuan Zamri Idrus & Co sedangkan masa semakin suntuk untuk beliau mendapatkan keadilan. baca disini

Jika di teliti sepanjang tiga tahun kes ini berlangsung Saiful telah melakukan banyak perkara termasuk bersumpah di dalam masjid sama seperti mana YAB Perdana Menteri bersumpah mengunakan Al-Quraan dan kalimah keramat Yang Maha Esa. Tetapi Anwar Ibrahim hingga hari ini masih lagi tidak bersumpah seperti mengikut lunas-lunas dalam Islam.

Apa yang nyata sekarang Peguam Negara harus memberi hak kepada Saiful sebagai seorang warganegara Malaysia menurut Perlembagaan Persekutuan dan jangan sekali-kali Ybhg Tan Sri Abd Ghani Patail lupakan ('',)

SALAM KEADILAN PADA YANG BERHAK

Thursday, January 19, 2012

UPSI di Hina Kali Kedua



Adam Adli Bin Abdul Halim sekali lagi telah memperlekehkan UPSI dengan menyatakan seharusnya beliau di pecat dari universiti berkenaan bukannya di gantung dan dengan angkuhnya pelajar yang berusia 22 tahun ini mendakwa beliau tidak di buang kerana pihak UPSI merasakan beliau masih lagi penting.


Amat mendukacita apabila ruang & peluang yang diberikan oleh pihak UPSI tidak di hargai oleh Adam Adli malah beliau sedang memikirkan bagaimana golombang hura-hara yang dimulakan ini akan terus menjadi huru-hara. lihat disini


Adam Adli berkata sepanjang tempoh pergantungan ini beliau akan terus menjelajah, berceramah dan berdialog ke seluruh negara sepanjang tempoh penggantungan ini, tetapi apa yang penulis hairankan bagaimana seorang pelajar yang berusia 22 tahun ini mempunyai bergitu banyak duit untuk pusing ke seluruh negara atau ada pihak yang menaja si Adam ini akan terus melakukan keadaan huru-hara kepada negara.


Kisah Adam ini mahu pusing seluruh negara untuk berceramah dan berdialog seakan sama dengan kisah bagaimana seorang manusia yang juga keliling negara untuk menceritakan kehebat liwat beliau,,,persamaan kaedah ini menujukkan bahawa Adam Adli ini di sokong oleh pihak-pihak tersebut.l

Labels